Sunday, March 9, 2008

Lawatan ke Taman Warisan(dihasil oleh:Nurdiana)

Pada hari Rabu 26 Februari 2008,pelajar-pelajar yang belajar Bahasa melayu dari berlainan darjah telah melawat Taman Warisan melayu di Kampung Gelam.Saya amat ghairah apabila tiba disana kerana tempat itu sangat besar.Kami pergi ke sana ,untuk mempelajari pelbagai aktiviti kebudayaan tradisional.Kami pun bermain permainan tradisional.Pemandangan di sana amat indah.Banyak aktiviti yang saya dapat lakukan.Saya amat suka ambil bahagian dalam silat.Pelbagai barang yang antik dan lama terdapatnya di Muzium. Saya mempelajari seni silat,setakad jenis permulaanya sahaja.Walaupun ada banyak jenis silat seperti silat monyet,silat ular dan bermacam-macam lagi.Sejarah Taman Warisan amat menarik kerana ia menceritakan tentang kisah-kisah yang lama,seperti kisah-kisah permainan tradisional seperti congkak,capteh,batu seremban,gasing dan yang terakhir adalah bola takraw yang dikenali sepak takraw.











Saya berasa amat gembira,selepas bermain beberapa permainan Tradisional.Permainan itu amat menyeronokkan kerana saya dapat bermain congkak dan batu seremban dengan rakan-rakan saya.Pada masa dahulu budak-budak kampung menggorek lobang dibawah rumah mereka,untuk dijadikan congkak,dan buah saga digunakan mereka.





Harapan saya bahawa Taman Warisan melayu di Kampung Glam akan kekal seakhir hidup saya selama-lamanya.Saya ingin kembali ke Taman Warisan untuk mempelajari seni silat.Pada pendapat saya Taman Warisan adalah sebuah tempat yang dapat mengenalkan kisah-kisah lama,supaya para remaja hari ini tahu tentang kisah tradisional mereka.Usaha Datuk dan Nenek kita yang mencipta permainan tradisional patut disanjungi dan dikekalkan demi melesterikan kebudayaan melayu.



Diana(30) Kelas:107